TENOM: Hanya kerana meminta dimasakkan nasi, seorang nenek mati dalam
keadaan tragik apabila dicincang seluruh tubuh oleh cucunya di rumahnya
di Kampung Melalap di sini, kelmarin.
Ketika kejadian, hanya mangsa, Dayu Rawang, 77, dan cucu
perempuannya yang berusia 27 tahun itu berada di rumah kerana anggota
keluarga lain menghadiri majlis berikutan kematian jiran di rumah
berhampiran.
Menurut sumber, sebaik bapa suspek yang mahu dikenali Abdul Hamid,
47, pulang ke rumah bersama seorang lagi anak berusia 15 tahun
kira-kira jam 10 malam, dia curiga kerana panggilannya tidak bersahut.
Abdul Hamid masuk ke rumah dan menuju dapur dan terkejut apabila melihat jenazah ibunya, Dayu Rawang, terbujur dalam keadaan ngeri dengan berlumuran darah.
Dia bertambah terkejut apabila melihat suspek yang juga anak perempuannya berada di sisi mayat warga emas berkenaan sambil memegang pisau.

p/s : budak perempuan tuh..
No comments:
Post a Comment